Monday, 26 March 2012

Ulasan SPE Bab ke-9

   Selepas membaca Bab ke-9 ini, saya lebih memahami apa yang kita patut buat semasa menghadapi sesuatu masalah. Sebelum ini, saya hanya akan membuat sesuatu keputusan mengikut emosi dan perasaan saya. Tetapi selepas membaca, ia seperti satu kunci yang telah membuka minda saya sebelum ini. Saya dapat melihat cara penyelesaian masalah dari sudut yang lain yang lebih rasional. Buku ini menyenaraikan beberapa sifat yang telah dikaji tentang ciri-ciri yang dapat membezakan kemampuan seseorang dalam penyelesain masalah. Antaranya adalah motivasi yang kuat, trait yang positif, jati diri dan membina kemahiran.
    Motivasi yang kuat merupakan seseorang yang menghadapi masalah itu tidak mudah mengalah dengan semua kesukaran yang dihadapi. Kita harus cuba untuk menyelesaikan sesuatu masalah dengan sedaya upaya dan tidak mudah berputus asal.
    Selain itu, trait yang positif bermaksud emosi yang stabil dalam menyelesaikan sesuatu masalah adalah penting. Saya boleh dijadikan sebagai contoh yang terbaik kerana sebelum ini saya melakukan sesuatu serta membuat keputusan dengan mengikut perasaan dan emosi saya pada masa itu. Akibatnya, kebanyakan masalah yang sepatut mempunyai "happy ending" tetapi telah dijejaskan oleh emosi dan perasaan saya.
    Sejajar itu, Jati diri iaitu sedar tentang kekurangan dan batasan yang dihadapi tetapi tidak melemahkan semangatnya untuk menyelesaikan masalah. Masalah kekurangan dan batasan tidak sepatutnya menjadikan sebagai alasan kepada kita untuk mengelakkan diri dari masalah itu. Tetapi kita perlu memikir dengan menggunakan akal yang diberikan kepada kita untuk mencari jalan lain untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
   Di samping itu, membina kemahiran ialah guna berbagai teknik dan model untuk menyelesaikan masalah. Sesuatu masalah yang berlaku, bukan hanya mempunyai satu cara penyelesaian sahaja tetapi banyak. Kita harus mengguna segala yang ada disekitar kita untuk menyelesaikan sesuatu masalah secara kreatife dan inovatife.
   Tidak boleh dinafikan bahawa segala ciri diatas adalah benar, tetapi pada pandangan saya fikiran kita adalah paling penting untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Saya baru sahaja habis membaca sebuah buku yang bertajuk "The Meta Secret". Ia adalah sebuah buku yang sangat popular. Saya sangat setuju dengan buku ini bahawa faktor utama yang membolehkan kita mencapai sesuatu adalah fikiran kita. Melalui perubahan fikiran dan pandang kita ia akan menyebabkan tindakan yang kita ambil dan seterusnya menyebabkan kita dapat keputusan yang tidak dapat dijangkakan.
   Jika sesuatu masalah berlaku kepada kita dan kita anggap ia adalah sesuatu perkara yang kita tidak dapat selesai maka kita akan gagal selesaikan kerana minda kita telah menerima maklumat yang negatif. Jadi minda kita akan menghalangkan kita melakukan apa-apa sahaja. Akhirnya, kita akan gagal. Jadi, fikiran kita adalah penting bukan sahaja dipakai untuk menyelesaikan masalah tetapi boleh dipakai pada bila-bila masa sahaja.
    "DARE TO BE GREAT. DARE TO BE POWERFUL BEYOND MEASURE."-Anthony Robbins Kita harus percaya kita boleh melakukan apa-apa sahaja dengan ini kita akan mencapainya. Jadi, fikiran kita adalah paling penting yang dapat mempengaruhi kita ke arah yang berjaya atau gagal. Percayakah tidak bahawa Anthony Robbins mampu menggubalkan fikiran seseorang dalam masa tidak melebihi 120saat? Melalui kajian yang telah dibuat oleh saya dari video-video yang telah diuploadkan di you-tube bahawa dia menggubal fikiran kita dari tidak mampu kepada mampu dengan membuat kita diri sendiri marah. Melalui kemarahan itu, kita akan mengeluarkan perkataan-perkataan yang kasar yang berada di dalam hati kita yang tidak mampu atau tidak mahu disebutkan oleh diri kita. Dengan ini, kita dapat mendengar suara dalam hati kita secara terperinci bahawa kita memang fikirkan kita boleh mencapai sesuatu tetapi dengan situasi yang dihadapi oleh kita telah menggubal fikiran kita menjadi penakut. Oleh itu, fikiran kita memang penting kerana ia adalah kunci utama membawa kita ke hala-tuju yang berjaya dan selepas itu teori-teori baru boleh diggunakan dalam situasi yang kita hadapi untuk membuat keputusan dalam penyelesaian masalah.  
    7 langkah yang dapat kita gunakan semasa menghadapi masalah untuk menyelesaikan sesuatu masalah secara saintifik dan logic. Langkah-langkah penyelesain ini memang sudah wujud lama di dunia ini dan saya amat setuju dengan langkah-langkah yang telah ada dibuku test kita. 7 langkah tersebut adalah mendefinisikan masalah, mengelaskan masalah, tentukan objektif, tentukan ukuran kejayaan, kutipan data, membuat keputusan dan melaksanakan keputusan yang diambil. Melalui 7 langkah ini, saya percaya kita dapat membuat sesuatu keputusan secara lebih mendalam dan dapat meningkatkan kecekapan kita dalam menyelesaikan masalah.
     Apabila kita menghadapi sesuatu masalah, kita harus mendefinisikan masalah kita dengan menanya diri kita seperti apakah perkara yang kini lari dari kebiasaan? Apakah aspek kebiasaan itu yang kini sudah berubah? Adakah kesan yang timbul itu positif atau negatif? Adakah kita perlu berubah? Jika kita hendak menyelesaikan masalah yang ada, apakah hasil yang kita inginkan? Melalui penanyaan soalan-soalan terhadap kita diri-sendiri untuk mendapatkan "mind set" yang betul semasa mendefinisikan masalah.
      Selain itu, kita harus mengkelaskan masalah berdasarkan risiko yang wujud samaada tinggi atau rendah. Selepas mengkelaskan risiko yang terdapat di masalah itu, maka kita harus menyelesaikan masalah yang mengandungi risiko yang lebih tinggi itu terdahulu.
      Sejajar itu, kita harus menentukan objektif . Ini adalah paling penting kerana kita harus menentukan apa yang diingini daripada aktiviti yang dilaksanakan. Objektif yang ditetapkan oleh kita diri sendiri harus jelas, mudah difahami dan praktikal.
      Selepas itu, kita harus menentukan ukuran kejayaan. Standard atau piawai harus ditetapkan untuk menjadi pengukuran tentang kejayaan dalam penyelesaian masalah. Sebagai contoh, jika kita dapat membuat sesuatu keputusan dengan cepat dan baik tanpa mengikut perasaan maka kita boleh menganggapkan bahawa kita sudah berjaya kali ini kerana sebelum itu kita hanya akan membuat keputusan dengan mengikut perasaan kita sendiri dan membuat keputusan dengan lambat.
     Di samping itu, kutipan data juga sangat penting kerana penyelesaian masalah secara logikal perlu mempunyai proses pengumpulan data atau maklumat yang berkaitan dengan masalah yang hendak diselesaikan. Semua maklumat yang berkaitan harus dikumpulkan untuk menjadikannya sebagai rujukan apabila cara penyelesaian yang terbaik tidak jadi lagi.
     Seiring dengan itu, setelah membina beberapa opsyen berdasarkan maklumat yang dikumpul maka kita harus membuat keputusan mengikut opsyen yang terbaik untuk dilaksanakan. Dalam proses membuat keputusan ini, perkara-perkara yang lain harus juga diambil kira seperti kos untuk melaksanakan opsyen yang dipilih dan kesan-kesan yang akan timbul hasil daripada keputusan yang diambilkan.
     Langkah terakhirnya adalah melaksanakankeputusan yang diambil. Pelaksanaan keputusan adalah lebih mudah kerana semua tindakan telah dihuraikan dalam opsyen yang perlu dilaksanakan.Walaupun mudah tetapi orang yang melaksanakan keputusan itu harus memberi perhatian kepada perkara-perkara yang teliti dan penelitian yang rapi akan membawa kepada kejayaan pelaksanaan.
     Kesimpulanya, saya masih percaya bahawa permikiran kita adalah faktor yang sangat penting dalam penyelesaian masalah. Dengan pemikiran positif yang ada, tidak apa yang tidak dapat dicapaikan kerana kita akan sentiasa berasa dahaga untuk mencari jalan penyelesaian masalah seperti yang dikatakan oleh Steve Jobs:"Stay Hungry, Stay Foolish". Kita harus sentiasa berasa dahaga teradap apa-apa sahaja yang ada dan sentiasa ingin belajar. Dengan "quotes" Steve Jobs ini telah menunjukan bahawa amat mementingkan fikiran seseorang. Mempunyai fikiran yang betul barulah kita boleh menggunakan teknik lain atau langkah lain dalam menyelesaikan masalah.

Nama: Goh Chin Yeap
Matric No: 212027
Group: C

No comments:

Post a Comment